Sunday, June 3, 2012

DEFINISI GRAFIK


Grafik boleh didefinisikan sebagai sebuah lukisan, gambar atau huruf yang kebiasaanya dihasilkan dengan menggunakan pelbagai media seperti pen, pensel, cat berus dan banyak lagi. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka menerangkan bahawa grafik membawa maksud perkara berkenaan ukiran, gambar rajah dan lukisan. Secara lebih terperinci, lukisan merupakan salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus.
  Grafik juga membawa maksud penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Grafik juga dapat mempercepatkan penyampaian sesuatu maklumat dan dapat memberikan penerangan yang jelas, tepatdan konsisten antara individu yang berbeza.

Apakah yang dikatakan GRAFIK?


Grafik merupakan antara media yang paling utama dan popular digunakan bagi memperlihatkan keterampilan sesebuah aplikasi multimedia. Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, grafik membawa maksud ‘perkara berkenaan lukisan atau ukiran’. Dalam hal ini, penggunaan grafik dalam sesuatu persembahan maklumat berkomputer adalah bukan hanya berperanan untuk menonjolkan keindahan atau kecanggihan seni bina sesebuah program multimedia tetapi juga berperanan sebagai suatu sumber penyampaian sesuatu maklumat yang amat berkesan.
  Secara umumnya, penggunaan grafik sama ada dulu dan sekarang adalah sangat penting untuk seseorang individu atau sesebuah organisasi itu menyampaikan sesuatu maklumat atau mesej kepada orang ramai. Jika dahulu, grafik dihasilkan dengan menggunakan kaedah manual seperti penggunaan berus dan kanvas tetapi disebabkan oleh penggunaan teknologi semakin mengalami perubahan yang pesat dari hari ke hari, dunia grafik turut tidak ketinggalan dalam mencapai pembaharuan dari segi teknologinya seiring dengan peredaran semasa.